Saturday, December 21, 2013

Bagaimana Memulakan Blog?

Blogging adalah tentang penulisan mengenai apa sahaja yang anda inginkan. Sebelum anda membina blog 2 perkara berikut perlu di ambil kira. 

1) TETAPKAN APA YANG ANDA INGIN BLOG

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memilih topik blog.Apakah ada perkara yang anda sangat minat dan sukai? Jika ada, maka mulakan blog mengenainya. Adalah tidak masuk akal jika anda memulakan blog dengan sesuatu yang tidak anda minat tetapi sangat mudah untuk menulis artikel atau blog mengenai topik yang sangat anda sukai.
Adalah lebih baik jika anda berminat di dalam sesuatu bidang atau industri sejak sekian lama, kerana anda telah pun mahir mengenainya. Walau bagaimanapun, jika  anda tidak mempunyai idea mengenai topik yang hendak anda tulis, fikirkan mengenai hobi atau aktiviti harian anda, kenangan manis atau mudahnya blog sahaja mengenai apa sahaja yang anda sukai.

2) TENTUKAN PLATFORM UNTUK BLOGGING, PERCUMA ATAU BERBAYAR?

Pertama sekali, kebanyakkan blog yang terdapat di internet dibina menggunakan Wordpress. Sebagai fakta, Wordpress telah dimuat turun melebihi 65 juta kali dan digunakan oleh banyak blog-blog dan laman web yang popular di dunia.

Baca artikel seterusnya di dalam blog saya di